Ada satu hati itu
Dulu hanya seketul daging yang lesu biru
Tapi sejak kau ulitkan manja
Semarak ia merah semula
Ada satu jiwa itu
Pernah keras berkerikil berbatu
Tapi sejak kau bisikkan mesra
Kembali lembut giur mempalit warna
Adakah kau tahu kesannya tuturmu
Pernahkan kau fikir akibatnya indah lakumu
Terlintaskah dibenakmu
Semua itu buat aku terkaku
Bila ku berhadapan denganmu
Serakkan keindahan cinta itu kasih
Dihatimu izinkan aku merintih
Semarakkan kehangatan cinta itu sayang
Jangan kau tinggalkan aku sendirian dengan bayang
Satukan keserasian cinta kita dihatimu
Indahkan penyatuan dua hati kita nan jitu
Kerna kini aku mahu kau tahu
Ku damba cinta kita kan selamanya bersatu